CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 22, 2008

Si Tompok
Inilah kisah kucingku Si Tompok,
tingkah lakunya tersangat elok,
Bertambah manja apabila digosok,
Apatah lagi jika ia dipeluk.
Semasa kecil Tompok kutemu,
Di tepi jalan tanpa beribu,
Mengiau-ngiau suaranya pilu,
Ku bawa pulang dan ku berikan susu.
Ku jaga kubelai setiap hari,
Makan minum sentiasa kuberi,
Bulunya bersih dan cantik berseri,
Semua kawan-kawanku turut memuji.
Kini Tompok besarlah sudah,
Tubuhnya kuat matanya cerah,
Mengejar tikus dan menerkam gagah,
Membuat aku berasa megah.
Sungguh malang disuatu hari,
Ke tengah jalan Si Tompok berlari,
Lalu ia dilanggar lori,
Tompok mengelepar dan terus mati.
Hatiku pilu tidak tertahan,
Kini aku kehilangan teman,
Diperdu kemboja Tompok disemadikan,
Simpulan kasih seorang insan.

3 comments:

are-zril said...

assalamualaikum......
erm smart r....
tapi tambah ag lah information....k??
dalam blog pon bleh letak tukang tilik erk??

salam mawaddah said...

5186078salam...fifa rasanya blm tlambat akq ucapkan selamat berpuasa...blog cantik tp tambah lg pengisian

Anem Arnamee said...

salamaidilfitri..ea..=)